Harga Semasa – Market Value

Menginsuranskan kenderaan mengikut harga pasaran atau dipanggil “Market Value” adalah terjemahan mudah.

Sebagai contoh:

  • Kenderaan anda bernilai rm100k sekarang. Diinsuranskan pada kadar rm100k.
  • Seandainya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan yang berakhir dengan status “total loss”, kiraan gantirugi akan dibuat dengan harga pasaran di masa itu.
  • Jika kenderaan anda telah susut nilai ke rm75k, Syarikat Insurans/takaful akan membayar mengikut nilai semasa itu rm75k.

 

Harga Perjanjian – Agreed Value

Berlawanan dengan menginsuranskan kenderaan anda megikut harga pasaran. “Agreed Value” adalah harga yang ditetapkan oleh syarikat Insurans/Takaful dan selalunya lebih tinggi dari harga pasaran kenderaan anda sekarang.

Kebaikan:
  • Kenderaan anda bernilai rm100k sekarang. Diinsuranskan pada harga rm110k
  • Sama seperti kemalangan diatas, status kemalangan berakhir dengan “total loss”
  • Anda sangat bernasib baik kerana menginsuranskan kenderaan anda dengan nilai “agreed value” kerana syarikat insurans/takaful akan membayar penuh rm110k

 


Total loss

Status total loss tidak hanya diguna pakai untuk kerosakkan yang tidak boleh dibaik pulih. Ianya juga diguna pakai apabila nilai baik pulih adalah lebih tinggi dari nilai yang diinsuranskan.

Contoh kerapan:
  • Menginsuranskan kenderaan pada kadar terendah (contoh: 10k) terlibat dalam kemalangan bersama kenderaan lain. Jumlah penuh tuntutan dari semua kenderaan lain terhadap insurans anda + kos baik pulih kenderaan sendiri lebih dari 10k, ini adalah status “total loss”
Keburukan:
  • Status total loss akan tercatat dalam rekod JPJ sebagai kereta lupus. Walaupun dapat diperbaiki, anda tidak akan dapat memperbaharui lagi insurans & roadtax.

 

 

Related: