Semua kita sedia tahu tentang tuntutan kecederaan tubuh badan (Third Party Bodily Injury – TPBI) terhadap syarikat insurans pihak ketiga yang mengakibatkan kemalangan. Tapi pernahkah kita tahu yang kita masih boleh membuat tuntutan dari kemalangan kenderaan yang tidak mempunyai insurans/takaful yang sah?
Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia (MIB)
Biro ini telah ditubuhkan sejak 1968 hasil daripada perjanjian yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, syarikat insurans dan Biro itu sendiri.
Tujuan Biro ini diwujudkan adalah untuk menyediakan gantirugi jikalau terlibat dengan kemalangan dari pihak ketiga yang tidak mempunyai insurans/takaful yang sah.
Berikut adalah beberapa hal penting yang kita perlu tahu:
- Anda boleh memfailkan tuntutan terus ke MIB atau melalui peguam
- Perlu ada nombor pendaftaran kenderaan yang mengakibatkan kemalangan.
- Perlu failkan tuntutan tidak lebih dari tiga tahun tarikh kemalangan
- Jikalau tuntutan anda melibatkan tuntutan undang undang, anda perlu memberitahu MIB dalam tempoh 30 hari dari tarikh fail tuntutan bersama dokumen yang berkaitan.
- MIB cuma akan membayar untuk keceraan (contoh: luka, patah & retak). MIB tidak akan membayar untuk kerosakkan kenderaan, pakaian, jam, kemerosotan pendapatan, bill hospital & dsb.
- Jumlah pembayaran termaktub kepada keputusan MIB sendiri
Dokumen yang perlu disediakan:
- Surat menyatakan hasrat tuntutan dan senarai kepilan
- Salinan aduan polis (perlu menyatakan nombor kenderaan pihak ketiga)
- Laporan polis pihak ketiga (jika ada)
- Laporan perubatan anda
Sediakan salinan, dan hantar salinan utama ke:
Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No 150-3, Tingkat 3, Jalan Tun Sambathan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur.
Telefon: 0322747395
Faks: 0322745910
** Termasuk kemalangan di Sabah & Sarawak
Anda akan dapat tuntutan dari MIB untuk membuat bayaran rm100 sebagai upah Biro mengendalikan penyiasatan mengenai kemalangan terbabit. Oleh kerana Biro MIB mungkin ada menukar polisi dalaman yang mungkin akan menyebabkan kelewatan, anda dinasihatkan mendapatkan status terbaru dari Biro MIB setiap bulan.
Related: https://www.hoi.my/cms/what-to-do-when-someone-without-a-valid-motor-insurance-knocks-into-you/