Semua kita sedia tahu tentang tuntutan kecederaan tubuh badan (Third Party Bodily Injury – TPBI) terhadap syarikat insurans pihak ketiga yang mengakibatkan kemalangan. Tapi pernahkah kita tahu yang kita masih boleh membuat tuntutan dari kemalangan kenderaan yang tidak mempunyai insurans/takaful yang sah?
Biro ini telah ditubuhkan sejak 1968 hasil daripada perjanjian yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, syarikat insurans dan Biro itu sendiri.
Tujuan Biro ini diwujudkan adalah untuk menyediakan gantirugi jikalau terlibat dengan kemalangan dari pihak ketiga yang tidak mempunyai insurans/takaful yang sah.
Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No 150-3, Tingkat 3, Jalan Tun Sambathan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur.
Telefon: 0322747395
Faks: 0322745910
** Termasuk kemalangan di Sabah & Sarawak
Anda akan dapat tuntutan dari MIB untuk membuat bayaran rm100 sebagai upah Biro mengendalikan penyiasatan mengenai kemalangan terbabit. Oleh kerana Biro MIB mungkin ada menukar polisi dalaman yang mungkin akan menyebabkan kelewatan, anda dinasihatkan mendapatkan status terbaru dari Biro MIB setiap bulan.
Related: https://www.hoi.my/cms/what-to-do-when-someone-without-a-valid-motor-insurance-knocks-into-you/
It is going to be 2023 soon. Our design team now came out with a…
HOI telah diberikan kesempatan untuk berkongsi aplikasi bagi membantu mana mana rakyat Malaysia yang berminat…
DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA…