“Saya menyeru supaya pemilik kenderaan terlibat mengambil peluang ini untuk memperbaharui semula cukai jalan dan insurans kenderaan mereka dalam tempoh tiga bulan ini” – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
“Program pemutihan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat, khususnya mereka yang berada dalam golongan B40 (kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah),” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Karnival Kementerian Pengangkutan.
Katanya, pemilik motosikal dan kenderaan yang terlibat juga akan menikmati potongan bayaran insurans jika memperbahurinya dalam tempoh itu.
“Bagi motosikal 125cc, pemilik hanya perlu bayar RM80 berbanding antara RM100 hingga RM140 kadar biasa,” katanya.
Beliau menjelaskan, jika mengikut prosedur biasa, kenderaan yang telah luput cukai jalannya melebihi satu tahun perlu menjalankan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer sebelum dinilai dan diluluskan permohonan untuk perbaharuan cukai jalan.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid yang turut hadir di karnival itu menganggarkan terdapat hampir 28 juta kenderaan berdaftar di Malaysia.
Bagaimanapun, katanya pada tahun 2017, hanya 19 juta sahaja yang memperbaharui cukai jalan.
“Program pemutihan itu akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ seluruh negara” – Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid
Klik sini untuk pembaharuan secara online:
SUMBER – BERNAMA
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1447557
It is going to be 2023 soon. Our design team now came out with a…
HOI telah diberikan kesempatan untuk berkongsi aplikasi bagi membantu mana mana rakyat Malaysia yang berminat…
DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA…